Kelas Microsoft Word,Photo Editing & Publisher
9 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 March 2019 telah berlangsungnya Kelas Microsoft Word & Photo Editing yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah. Kelas ini dihadiri seramai 4 orang perserta terdiri daripada pelajar sekolah. Tenaga pengajar untuk kelas ini iaitu Mohd Zul Arif sebagai Penolong Pengurus serta Pengurus Nurul Haffiza di PI Batu Gajah. Kelas ini diadakan bagi membantu peserta atau pelajar sekolah ini mengenai Microsoft Office (Word & Publisher) kerana masih ramai lagi tidak pandai menggunakan perisian ini disamping diselitkan pengajaran mengenai bagaimana untuk edit gambar menggunakan Paint dan Microsoft Office itu sendiri.
Kelas ini berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 12.30 tengahari dan perisian lain selain Microsoft Word iaitu Paint untuk mengedit gambar masuk ke dalam perisian Microsoft Word. Kelas ini diadakan 2 sesi iaitu sesi pertama di ambil oleh Penolong Pengurus untuk mengajar mengenai Microsoft Word dan editing Photo menggunakan Paint serta Microsoft Word & Powerpoint. Sesi kedua di ambil oleh Pengurus mengajar menggunakan Microsoft Publisher.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: